Western Food

Tuesday, January 13, 2009

Sesekali kalau nak berubah selera jadi "mat salleh" aku dan suamiku akan ke Bangsar. Di sana ada sebuah kedai yang terletak di medan selera yang mana suamiku menjadi pelanggan setia selama bertahun-tahun. Bukannya apa, selain dari seleranya yang menepati citarasa dan tekak melayu kita, ianya juga diusahakan oleh orang melayu islam. Dengan itu kita tidak ada perasaan ragu-ragu terhadap hidangannya.
Bukannya kami tak makan dikedai-kedai yang lain seperti Victoria Station ataupun Outback Steak House, tapi di sini rasanya memang tak dapat disangkal lagi sedapnya. Kira-kiranya juga kalau orang yang memandang kualiti, kuantiti dan harga memang sesuai ke sini lah.
Tetapi bagiku, bukanlah untuk orang yang fikir "budget" je yang sesuai makan kat sini. Uncleku yang memang sah lah kayanya dan hidupnya merantau sekeliling dunia pun makan kat sini. Dia kata memang tak dapat nak cari kat tempat lain rasa makanan kat situ. Walaubagaimanapun, lain padang lain lalang, lain orang lain seleranya.
Nama kedainya ialah Station 21. Memang tak menyesal punyalah kalau dah mencuba tu. Kat situ ada jual steak, pasta n sandwiches.....dan macam-macam lagi...
p/s: Hari ahad tutup

Chinese Muslim Cuisine

Thursday, January 8, 2009

Salah satu makanan kegemaranku ialah "Chinese Food", malah keseluruhan family aku pun gemarkannya. Sebelum ni jika di area Klang Valley tempat yang selalu dikunjungi dan menepati citarasa kami ialah Kelana Seafood. Tapi entah kenapa tahun 2008 restoran itu sudah tidak beroperasi lagi. Ketika adikku yang menetap di Qatar pulang bercuti ke Malaysia, kempunan dia untuk makan di Kelana Seafood. Puas kami mencuba beberapa restoran lagi namun semuanya tidak menepati citarasa.
Namun begitu baru-baru ini suamiku ada terbaca di akhbar mengenai sebuah restoran masakan cina yang halal. Kebetulan ianya tidak jauh dari tempat tinggal kami, maka segeralah kami mencarinya. Kami bernasib baik kerana masakan di situ tidak mendukacitakan. Hari itu kami order butter prawn, seafood tom yam, brokoli goreng tepung dan menu special "Ikan Rasa Khas".
Selain dari rasanya yang sedap, kauntiti yang dihidangkan pun boleh tahan yang mana kami memesan semuanya "small portion" tetapi cukup untuk dimakan 4 orang.
So, bagi mereka yang menggemari masakan cina, berkunjunglah ke Restoran De Templer, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Food Is My Passion... Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino