Laksa Kedah

Friday, July 9, 2010

Salam. FK dah lama teringin nak cuba resepi laksa Kedah ni n kebetulan hubby request nak makan. So, FK masakkanlah. FK ambil resepi dari sini.

Laksa Kedah

Bahan-bahannya:-

1 kg ikan kembung - rebus
1 genggam udang kepal - ditumbuk lumat
1 genggam asam keping
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah - dimayang
25 batang cili kering - rebus dan kisar
1 inci belacan
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
2 liter air atau lebih

Cara-caranya:-

1. Rebus ikan dan kisar isinya. Tulang dan kepala ikan dikisar dengan air rebusan dan ditapis, ambil airnya.
2. Kisar bawang besar, cili kering dan belacan.
3. Tumis bawang merah hingga naik bau. Masukkan cili kering, bawang merah dan belacan yang telah dikisar bersama-sama udang kepal yang ditumbuk. Biar hingga garing.
4. Masukkan isi ikan dan biar seketika. Kemudian masukkan air rebusan dan tambah air lagi mengikut selera anda.
5. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.

Bahan Hidang:-

Laksa
Salad
Timun
Bawang Besar
Cili api - hijau dan merah
Limau Kasturi
Telur Rebus

Cake Balls

Monday, July 5, 2010

Lately FK sangat lah sibuknya. Last 2 weeks ke Pulau Perhentian n weekend baru ni ada mini reunion ngan kawan2 sekelas masa kat UiTM Melaka dulu. Untuk reunion tu FK buat chocolate moist cake. So, ada lah sedikit lebihan selepas dipotong untuk cantikkan kek tu sebelum di "make-up" dengan chocolate ganache. Selalunya FK tak tahu nak buat apa dengan lebihan tu, buang je. Tp kali ni FK buat pop cake. Kebetulan ada sikit lagi cream cheese frosting dalam fridge. Maka jadilah operasi membuat pop cake tu.



Bahan-bahannya:-

Chocolate moist cake - dihancurkan
Cream Cheese Frosting - agak2 untuk digaulkan dengan kek agar boleh dibentuk menjadi bebola.
Milk/White/Dark chocolate - bergantung kepada selera masing2

Cara-caranya:-
Hancurkan kek n gaulkan bersama cream cheese frosting. Bentukkan hingga menjadi bebola n letakkan di dalam fridge lebih kurang 2-3 jam. Cairkan coklat dan celupkan bebola serta hiaskan mengikut kreativiti anda (mind my cake ball coz malas nk hias...hehehe).


Food Is My Passion... Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino