Ayam Masak Kicap

Saturday, August 21, 2010

Hari ini FK berbuka dengan menu yang agak simple. Kenapa FK cakap macam tu? Sebabnya, masa yang diperlukan untuk menyudahkan semua masakan tu kurang dari satu jam dan bahan2 yang digunakan sangatlah sedikit. Di sini FK berkongsi salah satu resepi yang FK masak hari ini iaitu ayam masak kicap. Resepi ini merupakan resepi yang sangat2 mudah yang mana FK buat masa zaman belajar kat "U" dulu.

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahannya:-

1/2 ayam - dipotong2
2 sk serbuk kunyit
3 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 ulas bawang putih - dihiris
5 cm halia - dihiris nipis
10 biji cili api - dipotong2 (kalau x letak atau nak kurangkan pun boleh)
kicap manis - kalau nak kuah lebih, letak banyak
1 sk tepung jagung
3 sb air

Cara-caranya:-

1. Lumurkan serbuk kunyit dan sos tiram pada ayam dan biarkan seketika. Kemudian goreng tetapi jangn terlalu garing cuma cukup sehingga ayam tu masak.
2. Tumis bawang putih, halia dan cili api hingga naik bau dan masukkan bawang besar.
3. Masukkan ayam dan gaul sebentar, masukkan kicap dan kemudiannya tepung jagung telah dibancuh dengan air terlebih dahulu.
4. Siap!

0 comments:

Post a Comment

Food Is My Passion... Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino