Sesekali Bertukar Selera

Thursday, August 19, 2010

Salam. Hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa. Masih belum terlambat untuk FK mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Seperti biasa, konon2 nya bulan ramadhan ni masa untuk diet dan sebolehnya tak mau makan nasi. Tapi bila hubby ajak makan je, terus on...hehehe. Dah beberapa hari masa balik kampung dan semalam FK dok bantai nasi masa berbuka. So, hari ini kita bertukarlah selera. Nasib baik hubby boleh terima. :)
Resepi pertama ialah ayam panggang madu yang FK ambil resepinya dari cikmanggis@myresepi.com dan FK ada buat sedikit perubahan mengikut selera dan idea dari beberapa orang insan2 istimewa. ;)

Ayam Panggang Madu

Bahan-bahannya:-

1/2 ekor ayam yang telah dibersihkan, jangan dibuang kulitnya
5 cm halia
4 ulas bawang putih
Garam dan gula melaka serta sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam (FK tak guna)
3 sudu besar kicap pekat
** 125 gm mentega
seasoning
perahan 1/2 biji lemon
2 biji kentang dan carrot

Cara-caranya:-
1. Tumbuk halia dan bawang putih dan lumurkan pada ayam dengan ditambah sedikit garam dan biarkan seketika.
2. Perahkan lemon ke atas ayam. Lumurkan mentega, kicap pekat, sos tiram, madu, serbuk lada hitam dan seasoning pada ayam. Perapkan seketika sebaik-baiknya 2-3 jam.
3. Rebus kentang dan carrot kemudian tos-kan airnya.
4.Panggang di dalam ketuhar dengan suhu 195c selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak dan kekuningan.
5. Susun kentang dan carrot serta bawang di dalam pinggan. Letakkan di atasnya ayam dan curahkan baki bahan perap berserta minyak dari ayam yang dipanggang tadi dan masukkan ke dalam ketuhar selama 5 minit lagi.
6. Boleh dihidangkan.

Resepi kedua ni ialah mushroom black pepper sauce yang FK ambil dari kak Fida @ myresepi.com gak.

Sos Cendawan Lada Hitam

Bahan-bahannya:-

2 sb mentega
1-2 biji bawang besar yang dipotong dadu
1 sb mentega
1 sb tepung
100 ml air rebusan daging
2 sb tomato paste
3 sb sos lada hitam
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream
150 gm cendawan butang - dihiris

Cara-caranya:-

1. Tumis bawang besar dengan mentega dan ketepikan.
2. panaskan mentega dan masukkan tepung. Kacau seketika dan masukkan air rebusan daging dan kemudiannya semua bahan-bahan di atas.
3. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi ketiga ialah mashed potato. FK ambil dari internet tapi dah lupa kat mana.

Kentang Putar

Bahan-bahannya:-
1 kg kentang
6 sb mentega
1 cawan susu + fresh cream (1/2 + 1/2)
garam dan pepper

Cara-caranya:-
1. Kentang dikupas dan direbus sehingga lembut.
2. Setelah lembut, buang airnya dan kentang diletakkan di atas dapur semula dengan api yang perlahan agar air di dalamnya tersejat.
3. Setelah kentang sejuk, gunakan mixer untuk putarkan lalu dimasukkan mentega.
4. Setelah sebati masukkan campuran susu dan krim serta garam dan pepper.

Resepi yang ini adik perempuan FK yang bagi. Katanya ambil dari myresepi gak. Tapi FK ada buat penambahan dalam bahannya.

Garlic Butter French Bread

Bahan-bahannya:-

6 ulas bawang putih
6 sb mentega
Mix spice
Oregano

Cara-caranya:-

1. Kupas bawang putih dan bungkus dengan aluminium foil lalu dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 150c selama 15 minit.
2. Setelah masak, tumbuk bawang putih semasa masih panas dan berada di dalam aluminium foil.
3. Campurkan dengan mentega yang sudah lembut bersama mix spice dan oregano.
4. Sapu ke atas french bread dan bakar.

Dua lagi menu FK pada hari ini ialah grilled vegetables dan coleslaw. Resepinya sangat mudah tetapi FK dah malas nak menaip. Lain kali je lah k?! ;p

0 comments:

Post a Comment

Food Is My Passion... Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino