Sticky Post : Resepi Ringkas

Thursday, June 18, 2020

Salam. Kebanyakkan resepi-resepi yang saya sediakan ini adalah resepi ringkas yang amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dapur terutamanya kepada para isteri yang baru melangkah ke alam rumahtangga. Berdasarkan pengalaman sendiri, seringkali buntu untuk menyediakan hidangan seharian untuk suami. Maka dengan ini terlahirlah koleksi resepi yang diperolehi dari ibu, suami dan hentam kromo...hehehe...

* untuk entri terkini sila skrol ke bawah... ;-)

Ayam Masak Kicap

Saturday, August 21, 2010

Hari ini FK berbuka dengan menu yang agak simple. Kenapa FK cakap macam tu? Sebabnya, masa yang diperlukan untuk menyudahkan semua masakan tu kurang dari satu jam dan bahan2 yang digunakan sangatlah sedikit. Di sini FK berkongsi salah satu resepi yang FK masak hari ini iaitu ayam masak kicap. Resepi ini merupakan resepi yang sangat2 mudah yang mana FK buat masa zaman belajar kat "U" dulu.

Ayam Masak Kicap

Bahan-bahannya:-

1/2 ayam - dipotong2
2 sk serbuk kunyit
3 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 ulas bawang putih - dihiris
5 cm halia - dihiris nipis
10 biji cili api - dipotong2 (kalau x letak atau nak kurangkan pun boleh)
kicap manis - kalau nak kuah lebih, letak banyak
1 sk tepung jagung
3 sb air

Cara-caranya:-

1. Lumurkan serbuk kunyit dan sos tiram pada ayam dan biarkan seketika. Kemudian goreng tetapi jangn terlalu garing cuma cukup sehingga ayam tu masak.
2. Tumis bawang putih, halia dan cili api hingga naik bau dan masukkan bawang besar.
3. Masukkan ayam dan gaul sebentar, masukkan kicap dan kemudiannya tepung jagung telah dibancuh dengan air terlebih dahulu.
4. Siap!

Siakap Stim Limau

Friday, August 20, 2010

Semalam setelah membaca status kat FB cousin FK yang memasak pakai resepi ni untuk berbuka so, FK letakkanlah kat sini.

Siakap Stim Limau

Bahan-bahannya:-

1 ekor Ikan Siakap
10 cm halia muda
1 biji bawang besar
7 biji cili api (kalau x nak pedas boleh kurangkan)
Air
2 sb air perahan limau nipis
Garam dan gula
Daun Ketumbar

Cara-caranya:-

1. Ikan dibersihkan lalu dilumurkan dengan sedikit garam.
2. Halia yang dipotong2 nipis disusun ke dalam perut ikan lalu dikukus sehingga masak.
3. Masukkan air ke dalam kuali bersama air perahan limau nipis, bawang yang dihiris dan 2 biji cili api yang dipotong2. Letakkan garam dan gula. Pastikan rasa masam dan manis seimbang.
4. Setelah mendidih masukkan ikan yang telah dikukus tadi bersama airnya. Biarkan seketika.
5. Untuk menghidang, taburkan daun ketumbar dan cili api yang dipotong2.

Elakkan Pembaziran

Alhamdulillah...kekenyangan sampai ke malam FK semalam setelah berbuka dengan roast chicken tu. So, untuk bersahur pagi ni FK tak nak membazir maka lebihan dari kuah roast chicken n black pepper mushroom sauce tu FK campurkan, masukkan daging dan air rebusan daging lalu didihkan. Maka jadilah stew daging. Garlic butter n french bread pun ada, sapu n bakar dalm ketuhar. Cukuplah....


Sesekali Bertukar Selera

Thursday, August 19, 2010

Salam. Hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa. Masih belum terlambat untuk FK mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Seperti biasa, konon2 nya bulan ramadhan ni masa untuk diet dan sebolehnya tak mau makan nasi. Tapi bila hubby ajak makan je, terus on...hehehe. Dah beberapa hari masa balik kampung dan semalam FK dok bantai nasi masa berbuka. So, hari ini kita bertukarlah selera. Nasib baik hubby boleh terima. :)
Resepi pertama ialah ayam panggang madu yang FK ambil resepinya dari cikmanggis@myresepi.com dan FK ada buat sedikit perubahan mengikut selera dan idea dari beberapa orang insan2 istimewa. ;)

Ayam Panggang Madu

Bahan-bahannya:-

1/2 ekor ayam yang telah dibersihkan, jangan dibuang kulitnya
5 cm halia
4 ulas bawang putih
Garam dan gula melaka serta sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam (FK tak guna)
3 sudu besar kicap pekat
** 125 gm mentega
seasoning
perahan 1/2 biji lemon
2 biji kentang dan carrot

Cara-caranya:-
1. Tumbuk halia dan bawang putih dan lumurkan pada ayam dengan ditambah sedikit garam dan biarkan seketika.
2. Perahkan lemon ke atas ayam. Lumurkan mentega, kicap pekat, sos tiram, madu, serbuk lada hitam dan seasoning pada ayam. Perapkan seketika sebaik-baiknya 2-3 jam.
3. Rebus kentang dan carrot kemudian tos-kan airnya.
4.Panggang di dalam ketuhar dengan suhu 195c selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak dan kekuningan.
5. Susun kentang dan carrot serta bawang di dalam pinggan. Letakkan di atasnya ayam dan curahkan baki bahan perap berserta minyak dari ayam yang dipanggang tadi dan masukkan ke dalam ketuhar selama 5 minit lagi.
6. Boleh dihidangkan.

Resepi kedua ni ialah mushroom black pepper sauce yang FK ambil dari kak Fida @ myresepi.com gak.

Sos Cendawan Lada Hitam

Bahan-bahannya:-

2 sb mentega
1-2 biji bawang besar yang dipotong dadu
1 sb mentega
1 sb tepung
100 ml air rebusan daging
2 sb tomato paste
3 sb sos lada hitam
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream
150 gm cendawan butang - dihiris

Cara-caranya:-

1. Tumis bawang besar dengan mentega dan ketepikan.
2. panaskan mentega dan masukkan tepung. Kacau seketika dan masukkan air rebusan daging dan kemudiannya semua bahan-bahan di atas.
3. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi ketiga ialah mashed potato. FK ambil dari internet tapi dah lupa kat mana.

Kentang Putar

Bahan-bahannya:-
1 kg kentang
6 sb mentega
1 cawan susu + fresh cream (1/2 + 1/2)
garam dan pepper

Cara-caranya:-
1. Kentang dikupas dan direbus sehingga lembut.
2. Setelah lembut, buang airnya dan kentang diletakkan di atas dapur semula dengan api yang perlahan agar air di dalamnya tersejat.
3. Setelah kentang sejuk, gunakan mixer untuk putarkan lalu dimasukkan mentega.
4. Setelah sebati masukkan campuran susu dan krim serta garam dan pepper.

Resepi yang ini adik perempuan FK yang bagi. Katanya ambil dari myresepi gak. Tapi FK ada buat penambahan dalam bahannya.

Garlic Butter French Bread

Bahan-bahannya:-

6 ulas bawang putih
6 sb mentega
Mix spice
Oregano

Cara-caranya:-

1. Kupas bawang putih dan bungkus dengan aluminium foil lalu dibakar di dalam ketuhar dengan suhu 150c selama 15 minit.
2. Setelah masak, tumbuk bawang putih semasa masih panas dan berada di dalam aluminium foil.
3. Campurkan dengan mentega yang sudah lembut bersama mix spice dan oregano.
4. Sapu ke atas french bread dan bakar.

Dua lagi menu FK pada hari ini ialah grilled vegetables dan coleslaw. Resepinya sangat mudah tetapi FK dah malas nak menaip. Lain kali je lah k?! ;p

Red Velvet Cupcake

Sunday, August 1, 2010


Salam. Resepi ni dah lama diambil dari fp Kak Zati tapi belum ada keinginan untuk mencuba sehinggalah kebelakangan ni orang sibuk memperkatakan tentang kek ni. So, hari ni dengan semangat waja nya FK mencuba resepi ni. Itu pun semalam pergi beli kat kedai dulu cup cake ni seketul sebab nak compare. Tapi FK punya takdelah sesedap yang beli semalam. Kedai tu dapat review the best red velvet cake in town. Tapi takpe, ini baru cubaan kali pertama. Nanti akan ada lagi percubaan dengan resepi yang lain pula cuma tak tahu bila...hehehe...

RED VELVET CAKE

Bahan A (bahan untuk diayak bersama)

250g tepung kek
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp serbuk koko

Bahan B

240ml buttermilk (240ml susu cair + 1 tsp cuka, biarkan 10 minit)
2 tbsp perwarna merah - dicampur ke dalam buttermilk

Bahan C

113g butter
300g gula
2 biji telur gred A
1 tsp vanila

Bahan D

1 tsp cuka
1 tsp baking soda

Cara-caranya:-

1. Pukul butter selama 2 minit.
2. Masukkan gula castor, pukul lagi 3 minit.
3. Masukkan telur, sebiji-sebiji.
4. Masukkan vanila
5. Masukkan bahan A dan B secara berselang-seli. Mulakan dengan tepung dan akhiri juga dengan tepung.
6. Dalam bekas kecil, curahkan cuka ke atas baking soda (Bahan D). Habis saja buih, tuangkan ke dalam adunan.
7. Masukkan ke dalam 3 biji loyang 9". Bakar pada suhu 175c selama 30 minit atau sehingga masak.
* tapi FK letak dalam cawan kertas - cupcake...


Laksa Kedah

Friday, July 9, 2010

Salam. FK dah lama teringin nak cuba resepi laksa Kedah ni n kebetulan hubby request nak makan. So, FK masakkanlah. FK ambil resepi dari sini.

Laksa Kedah

Bahan-bahannya:-

1 kg ikan kembung - rebus
1 genggam udang kepal - ditumbuk lumat
1 genggam asam keping
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah - dimayang
25 batang cili kering - rebus dan kisar
1 inci belacan
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
2 liter air atau lebih

Cara-caranya:-

1. Rebus ikan dan kisar isinya. Tulang dan kepala ikan dikisar dengan air rebusan dan ditapis, ambil airnya.
2. Kisar bawang besar, cili kering dan belacan.
3. Tumis bawang merah hingga naik bau. Masukkan cili kering, bawang merah dan belacan yang telah dikisar bersama-sama udang kepal yang ditumbuk. Biar hingga garing.
4. Masukkan isi ikan dan biar seketika. Kemudian masukkan air rebusan dan tambah air lagi mengikut selera anda.
5. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.

Bahan Hidang:-

Laksa
Salad
Timun
Bawang Besar
Cili api - hijau dan merah
Limau Kasturi
Telur Rebus

Food Is My Passion... Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino